BANTUAN SARA 2024 : SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200

BANTUAN SARA 2024 : SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN SARA 2024 : SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM1200

Tahukah anda tentang bantuan SARA 2024? Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penerusan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Penerima SARA pada tahun 2023 sebanyak 200,000 akan diperluaskan kepada lebih 700,000 penerima di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Khas buat golongan miskin tegar dan miskin bandar berikut dikongsikan MyKasih : Permohonan & Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk panduan semua.

Di bawah Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), bantuan ini merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Mahiaddin Yassin. Peruntukkan sebanyak RM100 juta disediakan bagi membantu lebih 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Penerima bantuan ini hanya perlu menggunakan MyKad sahaja untuk membeli barangan asas makanan di kedai-kedai runcit yang terpilih. Bagi Tahun 2023, ianya diteruskan dengan diberi nama sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARa. Bagi tahun 2024, SARa ditambah baik dengan pemberian sebanyak RM100 sebulan untuk 12 bulan.

Informasi berkaitan boleh disemak pada perkongsian di bawah. Penerima juga boleh menyemak cara elaun diberikan dan senarai kedai runcit yang menerima program serta berdekatan dengan kediaman masing-masing.

APA ITU BANTUAN SARA (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) 2024?

Bagi tahun 2023, Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan Mykad (sama seperti mekanisme inisiatif Prihatin Kasih sebelum ini).

Sumbangan ini ditambah baik bagi tahun 2024 dengan pemberian sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan untuk penerima membeli barang makanan asas. Penerima bantuan kerajaan ini boleh membeli barangan di seluruh negara termasuk di Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 speedmart, Lotus stores (Tesco).

  • Tujuan: Membantu golongan miskin tegar dan miskin bandar.
  • Jumlah Bantuan: RM100 sebulan selama 12 bulan.
  • Cara Penggunaan: Menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas makanan di kedai-kedai runcit yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2024

Kelayakan bantuan SARA adalah terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PENAMBAHBAIKAN BANTUAN SARA 2024

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

CARA SEMAK BANTUAN SARA 2024 MELALUI PORTAL MyKASIH

Semakan penerimaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh dibuat menerusi portal MyKasih.

  • Langkah 1 : Sila layari https://www.mykasih.com.my/
  • Langkah 2 : Masukkan nombor MyKad
  • Langkah 3 : Masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang tertera
  • Langkah 4 : Klik SEMAK STATUS

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat seperti berikut :-

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula dan program berakhir

Untuk mereka yang tidak layak, status TIADA REKOD DITEMUI akan dipaparkan

CARA SEMAK BANTUAN SARA 2024 MELALUI PORTAL MySTR

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal MySTR melalui pautan berikut:-

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status

APAKAH INISIATIF PRIHATIN KASIH OLEH MyKASIH? 

Ianya adalah NGO tempatan atau yayasan yang ditubuhkan oleh Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean pada tahun 2009 untuk membantu golongan miskin. Kerajaan Malaysia melalui Yayasan Hasanah telah melantik Yayasan MyKasih untuk melaksanakan inisiatif ini.

Prihatin Kasih pula mempunyai objektif untuk menyediakan bantuan makanan tanpa tunai kepada lebih 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Penerima akan mendapat elaun RM100 yang dikreditkan secara terus ke dalam MyKad mereka selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barang asas seperti makanan di kedai yang terpilih. Bantuan Prihatin Kasih oleh MyKasih Foundation kini telah dinamakan sebagai Sumbangan Asas Rahmah.

CARA MOHON BANTUAN SARA 2024

Tiada permohonan akan dibuka kerana ianya akan menggunakan maklumat daripada sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta data daripada Bantuan Prihatin Rakyat untuk menentukan penerima yang layak. Penerima akan mendapat SMS yang memaklumkan status penerimaan mereka serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat berkaitan bantuan di kedai yang terpilih serta berdekatan dengan anda.

Sekiranya anda tidak layak, sila emel butiran peribadi ke info@mykasih.com atau daftar di sistem e-Kasih yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

SENARAI KEDAI TERPILIH UNTUK BANTUAN SARA 2024

Untuk makluman penerima, lebih 600 kedai runcit di seluruh negara terpilih untuk menjadi kedai yang menerima program SARa sebagai bayaran. Antaranya adalah:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • Lotus (Tesco)
  • 99 Speedmart

Anda boleh mencari kedai runcit yang terpilih dan terletak berdekatan dengan anda menggunakan pautan berikut:

CARA GUNA BANTUAN SARA 2024

Penerima akan mendapat RM100 secara automatik ke dalam MyKad masing-masing untuk bulan-bulan seterusnya.

Penerima hanya perlu pergi ke kedai runcit yang tersenarai seperti di atas dan bayar menggunakan MyKad untuk bantuan barangan tersebut. Terdapat 10 produk yang telah dikategorikan sebagai barang runcit asas iaitu:

  1. Beras
  2. Mee Segera
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Perasa
  7. Tepung
  8. Minyak Masak
  9. Makanan dalam Tin
  10. Minuman

Bagi Tahun 2024, kerajaan menambah baik dengan memperluaskan penggunaan kredit program SARA untuk barangan kebersihan dirim ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Jumlah bantuan yang akan diterima bagi tahun 2024 adalah RM1,200/RM600 untuk 12 bulan. Jika penerima tidak menggunakan kredit tersebut, ia akan dibawa ke bulan seterusnya. Elaun ini sah untuk digunakan sehingga 31 Disember 2024 sahaja.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA 2024

Berikut adalah jadual pelaksanaan Program Mengikut Negeri yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang akan dikemaskini. Contoh jadual pembayaran pula adalah seperti berikut:

2023

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100
  • Jumlah : RM600

2024

Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

  • Januari 2024 : RM100
  • Februari 2024 : RM100
  • Mac 2024 : RM100
  • April 2024 : RM100
  • Mei 2024 : RM100
  • Jun 2024 : RM100
  • Julai 2024 : RM100
  • Ogos 2024 : RM100
  • September 2024 : RM100
  • Oktober 2024 : RM100
  • November 2024 : RM100
  • Disember 2024 : RM100
  • Jumlah : RM1,200

Kategori Bujang

  • Januari 2024 : RM50
  • Februari 2024 : RM50
  • Mac 2024 : RM50
  • April 2024 : RM50
  • Mei 2024 : RM50
  • Jun 2024 : RM50
  • Julai 2024 : RM50
  • Ogos 2024 : RM50
  • September 2024 : RM50
  • Oktober 2024 : RM50
  • November 2024 : RM50
  • Disember 2024 : RM50
  • Jumlah : RM600

Menurut Kementerian Kewangan, tarikh pelaksanaan SARA 2024 adalah mengikut negeri dan wilayah seperti di bawah:

  • 22 Januari 2024 : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
  • 29 Januari 2024 : Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
    • Bantuan baranagn keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih
  • 19 Februari 2024 & 12 Ogos 2024 : Sabah, Sarawak dan Labuan
    • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/ secara tunai di cawangan BSN seluruh negara

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat lanjut yang lebih terperinci berkenaan program bantuan ini seperti semakan status dan cara daftar, sila rujuk:

BACA JUGA :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *