Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023

Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Selama 6 Bulan 2023

 

Terbaru bantuan pesawah RM200 sebulan selama 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian akan dilaksanakan dan akan dimasukan kedalam Belanjawan 2023. Pengumuan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob dalam satu majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan NAFAS ke-48 semalam.

 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Tambah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.

 

 

Butiran Pelaksanaan Bantuan Pesawah RM200 Sebulan

  • bantuan pesawah rm200 sebulan ini akan dibayar selama 6 bulan
  • Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan ini kepada pesawah enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.
  • Perdana Menteri menyatakan, perkara itu akan dimasukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada bulan Oktober ini.

 

Memetik ucapan PM (Perdana Menteri)

  • Dengan pengumuman ini, menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa petani, nelayan dan penternak.
  • Tegasnya, tanpa mereka, kehidupan rakyat akan menjadi sukar kerana pengorbanan golongan itu amat besar.
  • “Betul saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.
  • “Saya terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut, saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik.
  • Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
  • Sebelum itu, PM juga menggesa NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digesa melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, katanya.
  • PM berkata, NAFAS perlu memberi nafas baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan
  • Kerajaan melalui MAFI sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.
  • Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) itu akan disalurkan melalui LPP di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Tereng

 

Dalam masa yang sama, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5 juta.

 

Untuk Maklumat Lanjut,

Layari Laman web NAFAS

 

 

Baca Juga

Semakan CCRIS online

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *