Bantuan Persekolahan Negeri Pahang (Pahang Pride Student 2022)

Bantuan Persekolahan Negeri Pahang (Pahang Pride Student 2022)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Bantuan Persekolahan Negeri Pahang (Pahang Pride Student 2022)

 

Seramai 238,000 orang pelajar atau 150,000 buah keluarga di negeri ini bakal menerima manfaat bantuan persekolahan Negeri Pahang melalui program Pahang Pride Student yang dilancarkan dibawah belanjawan negeri Pahang.

 

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan produk kebanggaan Pahang yang ketiga selepas Pahang Pride Kid dan Pahang Pride Kasih.

 

Kategori Bantuan

Program Pahang Pride Student terbahagi kepada dua kategori bantuan iaitu

  1. Pelajar kategori B40 dan M40 akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus untuk membeli barangan persekolahan di MBS Book and Stationeries.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak meneliti harga diskaun 20 peratus terhadap setiap pembelian menggunakan kad Pahang Pride Student pada majlis pelancaran kad tersebut di perkarangan MBS World, Kuantan, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak meneliti harga diskaun 20 peratus terhadap setiap pembelian menggunakan kad Pahang Pride Student pada majlis pelancaran kad tersebut di perkarangan MBS World, Kuantan, hari ini.

 

  1. Kerajaan Negeri akan memberi RM100 kepada kira-kira 50,000 orang pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian set alat keperluan persekolahan di mana ia akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun 2022 bermula iaitu pada 20 Mac 2022,”

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pahang Pride Student di Pekarangan MBS World, Jalan Tanah Putih, Kuantan hari ini.

 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak.

 

Dalam pada itu beliau berkata, kad diskaun ini boleh digunapakai sepanjang tahun dan bukannya tertakluk kepada musim kembali ke sekolah sahaja.

 

“Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM5 juta ringgit untuk program Pahang Pride Student ini dengan harapan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama dalam persediaan untuk memulakan persekolahan anak-anak.

 

“Kerajaan Negeri amat memahami ramai ibu bapa yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Malah, sebilangan besar juga masih dibelenggu kerugian akibat bencana besar banjir baru-baru ini,” katanya.

 

Mengulas lanjut berkenaan usaha yang dilakukan, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang terus komited dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan dan modal insan sentiasa menjadi keutamaan.

 

Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan sebanyak RM91.4 juta ringgit untuk tabung pendidikan bagi manfaat 255,951 pelajar di negeri ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan latar belakang.

 

Jumlah ini melibatkan RM34.5 juta untuk Biasiswa, RM12.6 juta untuk Pinjaman, RM26.8 juta Program Pendidikan, RM7.6 juta untuk capaian komuniti, RM9 juta untuk capaian ekonomi, dan lain-lain.

 

 

Selain itu katanya, terdapat pelbagai lagi bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai agensi antaranya usaha meningkatkan kadar literasi luar bandar dan Orang Asli melalui program ‘Baca Cepat Kawanku’, bantuan khas kepada sekolah dan PIBG, skim bantuan peranti digital dan pelbagai lagi.

 

Sumber – Pahang Media

 

 

Insentif Kelahiran Bayi Di Pahang – Pahang Pride Kid

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *