BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK : CARA MOHON

BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK : CARA MOHON
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK : CARA MOHON

Tahukah anda tentang bantuan persekolahan Fakir Miskin dari MAIK? Bantuan ini Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah sama ada peringkat rendah atau menengah

KATEGORI ASNAF YANG LAYAK 

 Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK

  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak / tanggungan yang belajar di sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan (YIK)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)

KADAR BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK

MAIK telah menetapkan Kadar bantuan diberikan RM150 seorang secara “one off” bagi seorang pelajar dalam bentuk tunai / kelengkapan persekolahan
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

CARA PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK

  1. Borang permohonan diedarkan kepada masjid bandar / jajahan / mukim berdasarkan kuota yang ditetapkan
  2. Pihak masjid hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa bagi pemilihan calon penerima bantuan yang dipengerusikan oleh imam
  3. Pihak masjid hendaklah menyediakan senarai calon penerima dan disahkan oleh Imam Tua / Muda, Pengerusi Biro Kebajikan dan Setiausaha Masjid
  4. Pemohon yang terpilih hendaklah mengisi borang bantuan persekolahan yang diedarkan melalui imam masjid bandar / jajahan / mukim
  5. Pemohon hendaklah menyerahkan borang bantuan berkenaan kepada imam masjid bandar / jajahan / mukim masing-masing
  6. Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang diperlukan diserahkan kepada MAIK melalui masjid bandar dan jajahan
  7. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  8. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah secara tunai melalui imam masjid bandar / jajahan / mukim kecuali bagi kes-kes tertentu
  9. Maklumat lanjut boleh didapati di www.e-maik.my

CARA BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK

Bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada masjid bandar / jajahan dan diagihkan secara tunai kepada imam masjid mukim / penerima

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *