BANTUAN PERSEDIAAN PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU (SYARAT & PERMOHONAN)

YAYASAN TERENGGANU
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN PERSEDIAAN PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU (SYARAT & PERMOHONAN)

Bagi pelajar anak Terengganu yang layak & memenuhi syarat, kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan satu Skim Bantuan Persediaan ke IPT bagi mengurangkan bebanan kewangan sebelum memulakan pengajian di IPT. Berikut adalah perincian Bantuan Persediaan yang disediakan

Baca Juga : GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH (Kriteria & Syarat)

Kadar Bantuan

BIL PERINGKAT PENGAJIAN   JUMLAH (RM)
     
1 Sek. Berasrama Penuh 500.00
2 Sijil 500.00
3 Matrikulasi/ Asasi/ A-Level 500.00
4 Diploma 750.00
5 Ijazah Sarjana Muda 1,000.00
6 Sarjana (Master) 1,000.00
7 Doktor Falsafah (PhD) 1,000.00

** Tambahan RM 300.00 bagi pengajian di Sabah & Sarawak

 

Syarat Permohonan Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu

  1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang IBU / BAPA / PENJAGA LAHIR DI TERENGGANU (Warganegara Malaysia) ATAU IBU / BAPA (atau kedua-duanya) / PENJAGA yang BUKAN LAHIR DI TERENGGANU tetapi bermastautin tetap melebihi 10 TAHUN boleh memohon dengan menyertakan SURAT AKUAN MENJADI RAKYAT atau SURAT AKUAN BERMASTAUTIN / BERMUKIM.
  2. Ibu/bapa/penjaga mendaftar sebagai PEMILIH di DUN Negeri Terengganu.
  3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Kursus pengajian SEPENUH MASA serta pemohon TIDAK BEKERJA.
  5. Program/Sijil/Kursus yang kurang dari satu (1) tahun tidak layak memohon.
  6. Syarat umur bagi permohonan :-
    • Peringkat Sijil / Diploma / Ijazah / Sarjana (Master) – 25 tahun ke bawah.
    • Peringkat Doktor Falsafah (PhD) – 30 tahun ke bawah.
  1. Setiap pemohon hanya layak memohon SEKALI SAHAJA bagi setiap peringkat pengajian.
  2. Bantuan Persediaan kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP, MRSM, IMTIAZ, SMIDI, SMASZA) hanya diberi SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh persekolahan.
  3. Tempoh permohonan adalah selewat-lewatnya SEBULAN dari tarikh pendaftaran rasmi ke IPT (surat tawaran)

*Syarat ini dikira mengikut tahun kelahiran pemohon

 

Catatan : Bagi kes yang taraf kerakyatan dan daftar pemilih yang meragukan, sejarah persekolahan pemohon akan diambil kira dalam menentukan pertimbangan.

 

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (on-line) menerusi

Syarat Permohonan Bantuan Persediaan | Yayasan Terengganu

 

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *