BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON

BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON

Program Bantuan Pembangunan Usahawan adalah salah satu cabang dalam Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga tahun 2025. Program ini menyasarkan pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM 4,500.

APAKAH PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA

Program Pembangunan Usahawan ialah salah satu cabang utama dalam Modal Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga 2025. Secara am, MPSR dirangka bertujuan untuk membantu meningkatkan purata pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2025.

Program Pembangunan Usahawan merupakan salah satu jenis bantuan RISDA dimana pekebun kecil boleh manfaatkan untuk menambah pendapatan mereka.

OBJEKTIF BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA

Sebagai cabang utama dalam MPSR, Program Pembangunan Usahawan mempunyai lima objektif utama berdasarkan MPSR iaitu;

  • Melahirkan 12,500 orang usahawan baru pada akhir tahun 2025
  • Usahawan pekebun kecil memperoleh purata pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga pada akhir tahun 2025
  • 5% daripada usahawan pekebun kecil mencapai status Usahawan Mikro dan ke atas pada akhir tahun 2025
  • Mewujudkan seorang usahawan anchor dari kategori Usahawan Mikro dan ke atas bagi semua negeri setiap tahun
  • Mendidik, membimbing dan membangunkan usahawan baru serta sedia ada melalui Program Bimbingan, Latihan dan Pemantauan Keusahawanan RISDA (RRapUP)

Bagi mencapai kelima-kelima objektif ini, Program Pembangunan Usahawan melibatkan pelbagai program keusahawanan untuk pekebun kecil dengan membekalkan bantuan perniagaan seperti modal perniagaan, kursus keusahawanan dan lain-lain.

SENARAI PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA

Antara program Pembangunan Usahawan adalah:

  • Pembangunan Perniagaan
  • Persijilan
  • Groom Big

Pemasaran

  • Business to Business (B2B)
  • Business to Customer (B2C)
  • Offline (Luar Talian)
  • Online (Dalam Talian)

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

  1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40.
  2. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
  3. Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa.
  4. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
  5. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

CARA MOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Anda boleh semak cara memohon bantuan Program Pembangunan Usahawan di sini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

  • Hotline BMT RISDA 03-4256 4022
  • PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *