BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Latihan Perantis (BLP)

BANTUAN KERAJAAN - Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah bertujuan untuk membantu klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja

Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP): RM200 sebulan seorang

 

Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

 

Cara memohon (BLP)

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

 

Dokumen Sokongan

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Am Persekutuan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *