CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM200 (Pekebun Kecil Getah Nelayan Pesawah)

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI UNTUK PESAWAH, PEKEBUN & NELAYAN 2023
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM200 (Pekebun Kecil Getah Nelayan Pesawah)

Kepada para pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan, terdapat inisiatif telah diumumkan menerusi Belanjawan dalam Belanjawan 2023 iaitu Bantuan Khas Aidilfitri. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan kadar bantuan, semoga membantu.

 

Baca juga : CARA PERMOHONAN i-SAYANG KWSP

APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI UNTUK PESAWAH, PEKEBUN & NELAYAN 2023

Bantuan Kewangan ini merupakan inisiatif baharu ini diperkenalkan oleh kerajan kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri.

Ini adalah sebagai bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya

 

KADAR BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI UNTUK PESAWAH, PEKEBUN & NELAYAN 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200

 

JUMLAH BANTUAN DITERIMA UNTUK PESAWAH, PEKEBUN & NELAYAN 2023

Menerusi belanjawan sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuann sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah. Maka jumlah nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

 

GOLONGAN BANTUAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI JUMLAH
Pekebun Kecil Getah RM800 RM200 RM1000
Pesawah Padi RM200 RM200 RM400
Nelayan RM300 RM200 RM500

 

BANTUAN KEWANGAN AIDILFITRI RELA

Menerusi belanjawan 2023, pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba turut menerima ‘duit raya’ apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300.

 

CARA PERMOHONAN

Tiada permohonan yang diperlukan kerana baantuan khas kwangan aidilfitri ini akan disalurkan kepada Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah yang telah berdaftar.

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai baantuan khas kewangan Aidilfitri kepada para pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah boleh merujuk kepada Sumber infografik: Jabatan Komunikasi Komuniti

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *