Bantuan Kad Kesihatan Warga Emas RM500 (Pahang Pride Kasih 2022)

Bantuan Kad Kesihatan Warga Emas RM500 (Pahang Pride Kasih 2022)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Bantuan Kad Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas  (Pahang Pride Kasih 2022)

Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan inisiatif bantuan Kad Kesihatan RM500 untuk Warga Emas Negeri Pahang di dalam ucapan Belanjawan 2022 yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2022. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin kepada golongan warga emas di Negeri Pahang agar kebajikan mereka sentiasa terbela dan berada di tahap terbaik. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukkan bantuan Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang yang akan memberi manfaat kepada 18 ribu orang penerima di seluruh negeri.

 

Dengan nilai bantuan RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja), setiap pemegang Kad Kesihatan Warga Emas Pahang boleh mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik-klinik panel yang berdaftar dibawah inisiatif program ini sepanjang tahun 2022.

 

Apakah Kad Kesihatan Warga Emas?

Kad Kesihatan warga emas ini diberikan kepada golongan yang bersasar di negeri Pahang bagi membolehkan mendapatkan rawatan prosedur am atau urusan perubatan di 50 klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel. Ini memberikan mereka alternatif dalam mendapatkan rawatan selain daripada fasiliti kesihatan kerajaan,

 

Semakan Klinik Panel

Bagi memudahkan anda mendapatkan rawatan, anda boleh semak senarai klinik panel dibawah program ini di:

https://www.pahangpridecare.com/panel-klinik-list/

 

 

 Cara Permohonan

Tiada permohonan yang diperlukan kerana pemberian kad kesihatan ini adalah kepada golongan warga emas yang bersasar iaitu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga membabitkan warga emas yang dikenal pasti oleh pejabat daerah sebagai mereka yang memerlukan bantuan berkenaan.

 

 Jumlah Penerima

Fasa pertama membabitkan 9,009 penerima Bantuan Orang Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang bermula 18 Januari 2022

Fasa kedua bermula Mac ini, membabitkan warga emas yang dikenal pasti oleh pejabat daerah sebagai mereka yang memerlukan bantuan berkenaan

Sehinga kini berdasarkan data penerima fasa satu adalah seperti berikut:

 

  • Daerah Kuantan seramai 1,829
  • Daerah Temerloh seramai 1,408 orang
  • Daerah Pekan seramai 1,347 orang
  • Daerah Lipis seramai 996 orang
  • Daerah Bentong seramai 762 orang.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kad kesihatan warga emas Pahang, anda boleh layari portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang di pautan https://www.pahang.gov.my/

 

 

“Semoga usaha ini mampu menjadi nilai tambah dalam usaha kita membina kehidupan sihat dan masa depan yang lebih baik, Insya-Allah”

 

 

Bantuan Persekolahan Negeri Pahang

Insentif Kelahiran Bayi Negeri Pahang

About Author

One thought on “Bantuan Kad Kesihatan Warga Emas RM500 (Pahang Pride Kasih 2022)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *