BANTUAN GUAMAN PERCUMA : CARA DAPATKAN

5 Cara Mendapat Bantuan Guaman Di Malaysia
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN GUAMAN PERCUMA : CARA DAPATKAN

Tahukah anda cara dapatkan bantuan guaman secara percuma di Malaysia? Hampir semua aspek aktiviti-aktiviti harian mempunyai unsur undang-undang. Ini bermakna terdapat kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah undang-undang, dan anda akan memerlukan bantuan seorang peguam. Malangnya, perkhidmatan seorang peguam bukannya percuma, dan mungkin tidak dimampui.Adakah anda tahu ada cara mendapat bantuan guaman di Malaysia secara percuma?

Oleh sebab itu, Malaysia mempunyai badan-badan yang memberikan perkhidmatan guaman secara percuma ataupun yang bersubsidi. Tujuan badan-badan sebegini ditubuhkan adalah untuk memastikan agar semua orang mempunyai peluang untuk mendapat bantuan guaman jika diperlukan.

Cara Mendapat Bantuan Guaman Percuma Di Malaysia adalah seperti berikut:

1.Tentukan jika kes anda ialah kes sivil atau kes jenayah

Jika kes anda membabitkan PDRM dan pendakwa raya awam, ia biasanya adalah kes jenayah. Jika anda didakwa oleh seseorang individu, maka biasanya kes anda merupakan kes sivil. Anda perlu menentukan sama ada kes anda merupakan kes sivil ataupun kes jenayah kerana ia akan menentukan mana satu badan bantuan yang boleh menerima kes anda.

2.Pilih badan bantuan guaman

Malaysia mempunyai 3 badan bantuan guaman. Ketiga-tiga badan ini memberikan bantuan untuk situasi yang berbeza, dan mempunyai syarat-syarat kelayakan yang berbeza:

  • Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG): Mereka mengendalikan kes-kes jenayah di mana tertuduh sudah mengaku salah. Tujuan mendapat bantuan guaman dalam situasi sebegini adalah untuk mendapat hukuman yang lebih ringan. Mereka juga mengendalikan beberapa jenis kes sivil yang tertentu.
  • Badan Peguam Malaysia (BPM): Mengendalikan kebanyakan kes jenayah dan kes sivil. Perbezaan antara JBGM dan BPM adalah BPM akan mengambil kes anda tidak kira anda mengaku salah ataupun tidak.
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK): Mengendalikan kebanyakan jenis kes jenayah kecuali kes yang melibatkan hukuman mati.

3.Duduki ujian kelayakan

ujian ini bukan macam peperiksaan sekolah! Ujian kelayakan ini adalah untuk menilai situasi kewangan anda bagi menentukan sama ada anda layak untuk mendapat bantuan guaman atau tidak.

Anda boleh mengambil ujian JBG secara dalam talian (online). Namun, keputusan ujian dalam talian ini tidak muktamad. Tetapi untuk ujian kelayakan BPM dan YBGK, anda perlu hadir ke pejabat mereka untuk mengisi beberapa borang bagi menentukan kelayakan anda.

4.Buktikan anda mempunyai kes yang sah

Sebaik sahaja anda lulus ujian kelayakan kewangan, anda mungkin perlu menduduki satu lagi ujian untuk menentukan jika kes anda sah atau tidak. Ujian ini dikenali sebagai ujian merit.

Sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan guaman daripada JBG dan BPM perlu mengambil ujian tersebut. Tetapi YBGK tidak mepunyai syarat untuk menduduki ujian merit, kerana YBGK percaya bahawa anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan guaman dalam semua kes jenayah.

Untuk menyenangkan beban badan-badan tersebut, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, slip gaji, laporan polis dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan kes anda. Jika anda tidak pasti tentang dokumen-dokumen yang perlu dibawa, anda boleh hubungi badan bantuan guaman untuk pengesahan.

5.Ikut arahan dan nasihat peguam yang diberi kepada anda

Langkah-langkah yang telah dibincangkan adalah bertujuan untuk memastikan bantuan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Jika anda layak untuk mendapatkan bantuan guaman, ikut nasihat peguam yang mewakili anda – hadir ke mahkamah apabila anda disuruh, bawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan sebagainya. Ini akan memastikan bahawa kes anda akan berjalan dengan lancar supaya anda berpeluang untuk mendapatkan keputusan yang adil dan saksama.

 

Jangan takut untuk meminta pertolongan

Macam yang kami dah bagitau, ketiga-tiga jenis bantuan guaman memberi perkhidmatan nasihat undang-undang.Jikalau anda tersepit dalam masalah ni, jangan segan segan untuk hubungi mereka di nombor di bawah:

  • Jabatan Bantuan Guaman – 03 8885 1000
  • Majlis Peguam – 03 2072 2051
  • YBGK – 1-800-88-9245

Lebih  bagus, hubungi mereka dahulu sebelum anda ke sana supaya anda boleh bertanya kepada mereka apa jenis dokumen yang anda perlu bawa. Takdelah nanti nak kena patah balik ke rumah sediakan dokumen lepas tu ke sana balik.

Baca Juga : 10 Petua Hilangkan Batuk (Mudah & Berkesan)

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *