BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS (BBKA) RM2500

Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS  RM2500BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas pada Disember 2021.

Keseluruhan Bantuan adalah berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:

  1. WANG IHSAN (BWI) RM1000
  2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500
  3. BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000
  4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500⠀
  5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER
  6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000

Salah satu daripada bantuan yang ingin penulis kongsikan adalah Bantuan Barangan Keperluan Asas Melalui ICU, JPM.

Apakah itu Sumbangan BBKA (Bantuan Barangan Keperluan Asas)

  • Sumbangan BBKA ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) untuk membeli barangan keperluan bagi kediaman yang terjejas akibat bencana banjir akhir tahun 2021 dan awal 2022.

Siapakah yang layak menerima bantuan ini?

  • Penerima bantuan ini adalah terdiri daripada KIR yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang mempunyai rumah kediaman yang telah terjejas akibat bencana banjir. Rumah kediaman berbilang tingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya didapati terjejas akibat banjir.

Siapakah yang tidak layak menerima bantuan ini?

Penerima yang tidak layak adalah seperti berikut:

  1. premis perniagaan; atau
  2. unit rumah berbilang tingkat yang tidak terjejas. (Rumah berbilang tingkat ialah kediaman strata bertingkat.)
Bagaimanakah proses pemilihan KIR dibuat?
  • Senarai penerima BWI yang telah disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) tidak perlu untuk membuat sebarang permohonan. Penentuan kelayakan KIR akan dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah.
Berapakah jumlah sumbangan yang akan diterima?
  • Jumlah Sumbangan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan adalah sebanyak RM2,500.

 

 

 

Bagaimana sumbangan bantuan ini disalurkan?

Sumbangan bantuan akan disalurkan kepada penerima melalui dua kaedah:

  • serahan tunai di PKOB atau
  • rumah ke rumah; atau
  • electronic funds transfer (EFT) ke dalam akaun KIR(Ketua Isi Rumah).

 

Untuk Maklumat Lebih Lanjut, Anda juga boleh melayari :

Portal bencana nadma

Facebook : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Senarai PKOB 

 

 Baca Juga

SOCAR

 

 

 

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *