BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN

BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda cara mohon Bantuan Baja Premium RISDA? Tahukah anda, pekebun kecil yang terlibat dengan Program Tanam Semula, Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) dan Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) layak untuk menerima baja premium daripada RISDA?

Semua baja yang dibekalkan oleh RISDA telah melalui proses ujian untuk menjamin kualiti baja yang sesuai untuk tanaman. Jadi jika anda adalah pekebun kecil yang layak, anda akan menerima baja getah yang berkualiti premium untuk membantu tanaman anda.

APAKAH RISDA

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

“Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.”

OBJEKTIF RISDA

Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025.

FUNGSI RISDA

  •  Melaksana dasar dan program pembangunan;
  •  Menyelaras Skim yang diluluskan;
  •  Melaksana pembaharuan penyelidikan;
  •  Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi;
  •  Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan;
  •  Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi;
  •  Menggalakkan pemasaran getah yang cekap;
  •  Melibatkan diri dalam perdagangan getah;
  •  Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil;
  •  Melaksanakan program latihan dan pendidikan;
  •  Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod;
  •  Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara;
  •  Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah;
  •  Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi;
  •  Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan
  • Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA

RISDA memberikan bantuan Baja Premium kepada semua Pekebun Kecil yang terlibat dengan program berikut :

  • Program tanam semula
  • Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)
  • Program Peningkatan Produktiviti Getah (SPG)

Baja premium adalah antara bekalan input pertanian oleh RISDA.

Antara input lain adalah:

  • Stor RISDA
  • Bekalan Benih
  • Pengangkutan
  • Agronomi
  • Tisu Kultur

SENARAI BAJA PREMIUM YANG DI BEKALKAN

CARA MOHON BANTUAN BAJA PREMIUM

Jika anda adalah pekebun kecil dari Program Tanam Semula, Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) dam Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG), anda layak untuk mendapati input-input ini. Anda juga boleh menyemak cara memohon baja premium ini dengan merujuki semula borang permohonan anda untuk program tersebut. Untuk maklumat lanjut, kliK disini

MAKLUMAT LANJUT

Alamat:
Bangunan RISDA,
Km 7, Jalan Ampang,
Karung Berkunci 11067,
50990 Kuala Lumpur.

: 03-42564022
: 03-42576726

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *