BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : CARA PERMOHONAN

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : CARA PERMOHONAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 : CARA PERMOHONAN

Tahukah anda cara permohonan bantuan awal persekolahan 2024?Untuk makluman, Bantuan awal persekolahan RM150 akan disalurkan Januari 2024. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

APAKAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024?

Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

SYARAT / KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • a) Murid warganegara Malaysia:
  • b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan
  • c) Murid bersekolah di :
    1. Sekolah Kerajaan (SK)
    2. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    3. Sekolah Agama
    4. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    5. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    6. Sekolah Integriti
    7. Sekolah Henry Gurney

KAEDAH PEMBAYARAN BAP 2024

Untuk kemudahan penerima BAP, pembayaran ini akan disalurkan melalui dua kaedah yang berbeza, iaitu dikreditkan ke dalam akaun bank atau melalui pembayaran tunai. Ini adalah langkah yang memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan bahawa semua pelajar di Malaysia dapat menerima BAP tanpa sebarang kesulitan.

  1. Dikreditkan ke dalam Akaun Bank: Penerima BAP yang telah mendaftar maklumat akaun bank mereka akan menerima pembayaran ini secara terus ke dalam akaun bank mereka. Ini adalah kaedah yang paling mudah dan selamat, kerana wang akan terus masuk ke dalam akaun mereka tanpa perlu melalui proses tambahan.
  2. Pembayaran Tunai: Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau memerlukan pembayaran dalam bentuk tunai, kerajaan juga menyediakan pilihan ini. Penerima BAP akan diberikan arahan mengenai bagaimana mereka boleh mendapatkan pembayaran tunai ini dari pusat pembayaran yang ditetapkan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Untuk makluman, tarikh pembayaran adalah Mulai Januari 2024

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
  • BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

NOTA:

Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

Ibu bapa/ penjaga boleh memuat turun dan mencetak borang PB 1 & 2 atau dapatkan di pejabat sekolah.

  • Borang PB1 : ( Borang permohonan)
  • Borang PB2 : ( Pengesahan Pendapatan)

MAKLUMAT LANJUT

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

 

Baca juga :

BANTUAN JKM 2024 : CARA PERMOHONAN

PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *