BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Anak Pelihara (BAP)

BANTUAN KERAJAAN - Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara

BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Baca Juga : BANTUAN KERAJAAN – Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:

  1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

 

Cara Memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *