APAKAH STAMPS LHDN: Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem Online

APAKAH STAMPS LHDN: Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem Online
Share Artikel Ini Di Media Sosial

APAKAH STAMPS LHDN: Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem Online

Tahukah anda apakah STAMPS LHDN? Pembayaran duit setem LHDN kini lebih mudah dengan menggunakan sistem dalam talian yang dikenali sebagai STAMPS. STAMPS merupakan singkatan atau akronim bagi “Stamp Assessment And Payment System” atau Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem.

STAMPS bukanlah baru sebenarnya kerana telah diperkenalkan oleh pihak LHDN untuk urusan pembayaran duti setem sejak tahun 2012 lagi.

Baca Juga : DAFTAR CUKAI LHDN : Untuk e-Filing LHDN

APAKAH STAMPS LHDN?

Walaupun sistem STAMPS ini telah wujud setahun tahun 2012, namun pada peringkat awal pengenalannya, sistem ini khas untuk kegunaan sesetengah pihak sahaja antaranya syarikat, perbankan, firma guaman, agensi dan perniagaan yang berdaftar sahaja.

Namun, bermula 1 Julai 2021, sistem STAMPS ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang awam untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem.

Penggunaan STAMPS ini adalah bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

CARA DAFTAR STAMPS LHDN

STAMPS merupakan perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai sambungan internet.

Untuk pendaftaran, pengguna boleh melayari laman web rasm STAMPS di alamat https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.

Pengguna boleh melakukan urusan taksiran dan bayaran duti setem sebaik sahaja pendaftaran diluluskan oleh pihak LHDN.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, pastikan pengguna mendaftarkan akaun mereka dengan betul sama ada sebagai Ejen STAMPS (Ejen) atau Individu STAMPS (Individu).

CARA GUNA STAMPS UNTUK URUSAN PENTAKSIRAN DAN DUTI SETEM

Walaupun STAMPS merupakan sistem dalam talian, pengguna berstatus Individu tetap masih perlu menghadirkan diri ke kaunter di pejabat LHDN.

Maklumat atau dokumen yang ingin di setemkan perlu diisi terlebih dahulu dalam STAMPS sebelum menghadirkan diri ke kaunter LHDN dengan membawa dokumen asal.

Maklumat yang dimasukkan dalam sistem STAMPS akan disimpan sebagai deraf dan hal ini akan mempercepatkan proses penyeteman dokumen.

Setelah bayaran diterima, sijil setem LHDN akan dikeluarkan kepada individu tersebut.

 

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat Setem Cawangan / Pusat Khidmat Hasil LHDNM yang berdekatan

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *