APAKAH SEBENARNYA OPR DAN KESANNYA KEPADA PEMINJAM

APAKAH SEBENARNYA OPR DAN KESANNYA KEPADA PEMINJAM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

APAKAH SEBENARNYA OPR DAN KESANNYA KEPADA PEMINJAM

OPR ni sangatlah penting dalam dasar monetari Malaysia. Ia akan memberi kesan kepada pelbagai ukuran kewangan seperti kadar deposit, kadar pinjaman, pertukaran matawang asing, dan sudah pastilah faedah pembiayaan perumahan.

Tapi, apakah sebenarnya OPR dan maksudnya dalam konteks pinjaman perumahan dan pemilikan hartanah?

Baca Juga : PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023(Cara Permohonan & Semakan Status)

Apakah Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

Dalam operasi harian, rizab wang tunai bank berubah-ubah, bergantung kepada aktiviti peminjaman yang berlaku dalam bank, serta deposit dan pengeluaran wang yang dibuat pelanggannya.

Untuk kekalkan takat rizab tunai pada paras yang sepatutnya (kecairan yang baik), kebiasaannya bank yang ada rizab tunai yang banyak pada hari tertentu akan pinjamkan kepada bank yang kurang untuk pastikan kecairan sistem perbankan kita stabil..

 

Kenapa OPR Penting?

Mungkin aplikasi OPR ni nampak macam muslihat pindah milik dan alir tunai biasa, tetapi keperluan pinjaman dan bayaran pinjaman tunai mengikut hari ni penting untuk sistem kewangan makro berfungsi dengan lancar.

Malah, ia juga beri kesan kepada kadar faedah pinjaman!

Bank akan bergantung kepada pinjaman sebagai aktiviti perniagaan yang penting, untuk tujuan keseimbangan akaun terutama kesediaan rizab tunai sebagai syarat asas penilaian nisbah dan kredit kecairan mengikut syarat ditetapkan BNM.

Kadangkala benda ni dipanggil Keperluan Rizab (Reserve Requirement), iaitu jumlah tunai yang sesebuah bank perlu ada pada satu-satu masa.

Kadar faedah bank ditentukan oleh OPR yang menentukan rangka kerja hala tuju kewangan negara untuk memastikan keseluruhan institusi kewangan mempunyai bekalan tunai yang stabil dan mencukupi.

Disebabkan OPR adalah perkara asas yang memastikan fungsi perbankan boleh terus berjalan, perubahan kadar OPR akan bagi kesan kepada keseluruhan komponen dalam sistem ekonomi negara, bukan setakat kadar pinjaman sahaja.

Contohnya pengangguran, dan inflasi harga barangan.

 

Apa Perubahan OPR Terkini dan Mengapa Ia Berlaku?

Setakat 9 Mac 2023, Bank Negara Malaysia masih mengekalkan kadar OPR sebanyak 2.75%,

Untuk konteks, berikut adalah perubahan OPR yang berlaku sebelum ini:

  • 19 Januari 2023 – Kadar OPR dikekalkan sebanyak 2.75%
  • 3 November 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.75%
  • 8 September 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.50%
  • 6 Julai 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.25%
  • 11 Mei 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.00%
  • 7 Julai 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 1.75% (terendah dalam sejarah)
  • 5 Mei 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 50 bps kepada 2.00 %
  • 3 Mac 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.50%
  • 22 Januari 2020 – Potongan kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.75%

**bps – basic points (mata asas)

 

Kesan OPR Kepada Sektor Perumahan

Lebih tinggi OPR ditetapkan, lebih tinggi kos pinjaman. Lebih tinggi kos pinjaman, semakin terhad peluang pembiayaan modal untuk individu dan perniagaan.

Bila semakin sukar untuk meminjam, semakin berkurangan aktiviti yang boleh dibuat sebab modal tak ada. Tak terkecuali kesan ni dalam sektor perumahan kepada pembeli dan pemaju.

Sebaliknya, pengurangan OPR akan bagi kesan positif pada keupayaan pemilikan modal, pengurangan faedah pembayaran bagi individu dan perniagaan kepada bank, menyebabkan lebih ramai boleh mendapatkan akses kepada pinjaman.

 

Kesan Perubahan OPR kepada Pembiayaan Perumahan di Malaysia

Bila OPR turun atau naik, kadar faedah kepada pinjaman juga akan terkesan. Siapa yang akan dapat faedah? Peminjam sedia ada dan bakal peminjam akan dapat manfaat.

Pengurangan OPR akan bagi kesan pada peminjam sedia ada dengan kadar yang berbeza. Kadar tersebut masih tertakluk pada Kadar Asas Standard (SBR). Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang kesan kenaikan OPR, boleh baca di sini.

Tak perlu kita pergi jauh nak faham hal kompleks dalam SBR , yang penting sekarang konsepnya, bila OPR berkurang atau naik, SBR yang bank tetapkan juga akan berkurang atau naik sekali.

Maksudnya, perubahan baru-baru ni yang ditetapkan BNM mungkin memberi kesan pada beberapa jenis pembiayaan perumahan. Tapi jangan risau, bukan semua polisi kewangan yang ditetapkan BNM dan Kerajaan Malaysia akan buat semua benda jadi mahal!

Walaupun kadar OPR dinaikkan, ia masih membuka akses pinjaman rumah baru kepada bakal pembeli. Kadar tertinggi pernah direkodkan adalah pada 2008 apabila kadar OPR mencecah 3.5%!

Mempertimbangkan perkara ini, pembeli yang berminat mendapatkan pinjaman masih mampu mendapatkannya dengan kadar faedah yang rendah. Ia mungkin bukan yang terendah, tapi masih bersesuaian.

Kadar faedah untuk pinjaman boleh ubah lebih cepat disesuaikan berbanding pinjaman tetap. Realitinya, untuk pinjaman kadar tetap, tempoh masa yang panjang diperlukan sebelum kadar faedah berubah dengan ketara.

Jadi, kalau anda tengah cari pinjaman yang bersesuaian, pinjaman boleh ubah adalah pilihan yang tepat buat masa sekarang, berbanding pinjaman tetap yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk disesuaikan.

Apa maksudnya semua benda ni? Maksudnya penurunan OPR adalah berita baik untuk anda yang sedang mencari pembiayaan perumahan dengan kadar faedah mampu bayar.

 

Patut Ke Saya Beli Rumah Waktu OPR Rendah?

Pandangan bahawa bila OPR rendah ia adalah masa terbaik untuk beli rumah adalah agak dangkal. Memang betul kemampuan pinjaman akan meningkat jika OPR turun.

Kalau pinjaman anda lebih murah, lebih cerah peluang untuk anda miliki rumah idaman anda.

Tapi, ingat, kadar OPR boleh berubah dan terbukti berubah berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun lepas.

Anda tak bolehlah senang-senang bergantung kepada kadar faedah semasa untuk keseluruhan pinjaman perumahan anda. Anda perlu fikir untuk tempoh jangka masa panjang bila buat keputusan kewangan penting seperti beli hartanah.

Jangan lupa yang OPR berubah sebab pelbagai faktor ekonomi.

Terlalu banyak hal yang beri kesan kepada keputusan pembelian hartanah perlu diambil kira termasuklah masa dan bagaimana hendak membiayai pembelian anda.

 

Buruk Baik Kadar OPR Rendah

Siapa je tak suka baca benda ringkas untuk isu rumit yang penjelasannya panjang berjela. Jadi, ni rumusan untuk situasi OPR dan kaitan dengan pinjaman.

  • Baik: OPR rendah akan menyebabkan kadar faedah pinjaman boleh ubah jadi rendah
  • Buruk: Perubahan kadar bermaksud keadaan ekonomi berubah yang juga beri kesan pada pasaran hartanah
  • Baik: OPR rendah boleh menurunkan kadar faedah tetap.
  • Buruk: Kadar faedah pinjaman tetap ambil masa untuk berubah.
  • Baik: OPR rendah bermaksud bank akan lebih mudah beri pinjaman.
  • Buruk: Harga rumah tetap mahal.

Kalau anda ragu-ragu, dapatkan khidmat nasihat dari pakar kewangan atau penasihat pinjaman dari bank pilihan anda yang boleh membantu perancangan jangka masa panjang anda.

Dalam hal pembelian hartanah ni tak boleh main-main, lagi banyak anda tahu, lagi mudah anda nak buat pilihan yang tepat untuk rumah idaman anda!

 

Soalan Lazim: Kadar Dasar Semalaman (OPR)

Apakah Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

OPR ialah kadar faedah yang ditetapkan bank pusat, Bank negara Malaysia (BNM) yang menentukan kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam.

 

Mengapakah OPR penting?

Disebabkan OPR adalah perkara asas yang memastikan fungsi perbankan boleh terus beroperasi, perubahan kadar OPR akan memberi kesan kepada keseluruhan komponen dalam sistem ekonomi negara, bukan setakat kadar pinjaman sahaja.

 

Apakah peranan OPR dalam ekonomi?

Trend menaik dan menurun OPR ditentukan oleh keadaan dan prospek ekonomi negara, dimana kadar OPR diubah bagi memastikan ekonomi berada di tahap optimum dan mengelakkan kemelesetan.

 

Bagaimanakah OPR menjejaskan pinjaman perumahan?

OPR yang lebih tinggi bermakna bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan akan menjadi lebih tinggi, manakala OPR yang lebih rendah pula bermakna anda boleh mendapatkan pinjaman daripada bank pada kadar yang lebih rendah.

 

Apakah kesan-kesan lain disebabkan peningkatan OPR?

Peningkatan dalam OPR akan menyebabkan peningkatan tempoh pinjaman (jika ansuran bulanan dikekalkan) dan kos pinjaman yang lebih tinggi, menyebabkan peluang pembiayaan modal yang lebih sedikit.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *