APAKAH SAHAM SEBENARNYA (KELEBIHAN MEMILIKI SAHAM) 

APAKAH SAHAM SEBENARNYA (KELEBIHAN MEMILIKI SAHAM) 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

APAKAH SAHAM SEBENARNYA (KELEBIHAN MEMILIKI SAHAM) 

Bila bercerita tentang saham, ramai yang ambil langkah mudah ‘pekak kan telinga, butakan mata’ untuk cuba tak ambil tahu langsung berkenaan saham kerana tidak tahu apakah saham sebenarnya.

Sudahnya, ramai yang tak tahu cerita sebenar di sebalik saham walaupun hanya definisi ringkasnya. Ia terjadi terutamanya dalam kalangan mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang sederhana dan tidak mempunyai ilmu atau pendedahan terhadap kebaikan atau peluang pelaburan ini.

Sudah lah tiada pendedahan positif berkenaannya, mereka juga kebanyakannya ‘dimomokkan’ dengan keburukan saham yang sentiasa merugikan dan meleburkan duit begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa pulangan.Itu tidak patut sama sekali.

Seperti perkara lain, saham juga terbuka kepada sesiapa yang ingin mencubanya, asalkan diketahui langkah terbaik perlaksanaannya.

Baca Juga :CARA JUAL DAN BELI KRIPTO DI LUNO

Definisi Saham

Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ia boleh dimiliki secara ‘private’ mahupun ‘public.

Ia boleh dimiliki oleh ‘public’ atau orang ramai pada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu dari jenis Berhad.

Saham boleh menjadi tambahan yang baik kepada mana-mana portfolio kewangan. Pelaburan ini boleh membantu mengembangkan simpanan, melindungi wang daripada inflasi dan cukai, serta dapat memanfaatkan wang dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita sentiasa menyedari dan bersedia terhadap bahaya atau risiko yang mungkin dihadapi apabila melabur dalam pasaran saham.

Hal ini kerana, perlu diingat bahawa pasarannya tidak selalu meningkat. Kejatuhan saham mungkin boleh menjadi sangat menyakitkan, namun ia berpotensi menghasilkan pulangan jangka panjang yang jauh lebih tinggi daripada pilihan pelaburan lain jika ketakutan dan perancangan yang baik dapat diuruskan.

 

Apakah Kelebihan Saham?

  1. Berpotensi memberikan pulangan yang lumayan
  • Ia merupakan antara sebab utama mengapa kebanyakan individu memilih pelaburan ini. Pulangan pelaburan dalam pasaran saham boleh melebihi 10% setahun yang melebihi sistem perbankan.
  1. Berupaya melindungi aset daripada inflasi
  • Keuntungan pasaran pelaburan ini membantu mengatasi kadar inflasi.
  1. Berupaya mendapat pendapatan pasif
  • Hal ini kerana syarikat-syarikat akan membayar dividen kepada para pelabur sama ada secara tahunan atau sebagainya. Jadi, ia dapat membantu meningkatkan pendapatan pelabur atau menjadi pendapatan sesudah bersara kelak.

 

Jadi, jika anda mempunyai wang berlebihan yang mungkin belum diperlukan untuk sesuatu masa, anda boleh cuba mempertimbangkan untuk melabur dalam pelaburan ini kerana ia merupakan peluang terbaik untuk membuat keuntungan.

 

Anda juga boleh melabur dengan selamat di ASNB

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *