Apakah Google Wallet (Cara Daftar & Guna)

Apakah Google Wallet (Cara Daftar & Guna)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Apakah Google Wallet (Cara Daftar & Guna)

Jadi apakah google wallet ini, Terkini aplikasi Google Wallet kini sudah boleh digunakan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Sekiranya anda sudah mempunyai aplikasi Google Pay, anda tidak perlu memuat turun aplikasi baru ini kerana aplikasi tersebut mungkin dipaparkan sebagai Google eWallet atau anda akan diminta untuk membuka Play Store untuk kemaskini aplikasi ini.

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda ingin mengetahui cara daftar dan guna aplikasi Google eWallet ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

Baca Juga : CARA UNLOCK DAN GUNA SEMULA SIMKAD KENA BLOCK (CELCOM/MAXIS/DIGI/TUNE TALK/ ONE XOX/YES4G)

Apakah Google Wallet?

Google Wallet ialah dompet digital yang selamat dan peribadi yang memberi anda akses pantas kepada kad pembayaran, pas, tiket, kunci atau ID yang anda mahu untuk disimpan pada aplikasi ini. Penggunaan aplikasi ini bukan hanya digunakan pada telefon Android juga, jam pintar yang menjalankan wearOS juga boleh menggunakan Google eWallet ini.

 

Bank Yang Menyokong Google eWallet

  • CIMB Bank – kad kredit Mastercard
  • Hong Leong – kad kredit Visa, kad debit Mastercard
  • Hong Leong Islamic – kad debit Mastercard
  • Public Bank – kad kredit Visa, kad debit Visa
  • NOTA: kemungkinan tambahan kad bank dari HSBC dan HSBC Amanah akan menyusul.

 

Ciri Ciri Google eWallet

  • Akses pantas kepada item anda
  • Tambahkan item baharu dengan cepat
  • Cari item yang anda simpan dengan lebih cepat
  • Semak aktiviti pembayaran terbaharu
  • Menu yang dikemas kini dengan ciri baharu
  • Atur kad & pas anda
  • Kawal data anda merentas Google

 

Cara Daftar Kad Google Wallet

  • Muat turun dan install Google eWallet daripada Google Play Store.
  • Pilih akaun Google.
  • Tekan ‘Add to Wallet’.
  • Pilih ‘Payment Card’.
  • Masukkan butiran kad.
  • Keluar terma dan syarat, tekan ‘More’ dan ‘Accept’ selesai baca.
  • Pilih cara pengesahan.
  • Masukkan kod.
  • Selesai

 

Cara Daftar Kad Bank Di Google Wallet

Jika anda sudah mempunyai kad kredit atau debit yang disimpan ke akaun Google, ia akan dipaparkan secara automatik dalam Google eWallet dan anda hanya perlu menyediakannya untuk pembayaran tanpa sentuh dengan mengikuti langkah-langkah pada skrin.

Jika anda tidak mempunyai kad yang tersimpan dan ingin menambahkan kad baharu pada Wallet, ketik ‘tambahkan kad’ dalam karusel di bahagian atas halaman bagi menyemak dan menerima terma syarat pengeluar sebelum menggunakannya.

Sebaik sahaja anda menerima dan mengesahkan maklumat, kad akan diberi token dan sedia untuk digunakan dalam Google eWallet.

 

Privasi Keselamatan Keutamaan Google Wallet

Apabila anda menggunakan Google eWallet, urus niaga dibuat menggunakan nombor kad ganti (token), yang khusus kepada peranti anda dan dikaitkan dengan kod keselamatan dinamik yang berubah dengan setiap transaksi.

Bank juga perlu mengesahkan pemegang kad sebelum anda menambahnya pada telefon di samping boleh menetapkan kunci skrin supaya orang yang tidak dikenali tidak dapat mengakses kandungan pada peranti.

Jika telefon anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan fungsi ‘cari peranti saya’ untuk mengunci peranti dengan serta-merta dari mana-mana sahaja, selamatkannya dengan kata laluan baharu, atau terus menghapuskan maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran tersebut.

 

Cara Guna Google Wallet

Pastikan anda telah daftarkan kad bank anda terlebih dahulu dalam aplikasi ini seperti di atas dan melakukan pembayaran pastikan telefon anda memenuhi perisian standard mempunyai NFC (yang telah diaktifkan) dan Google Pay menetapkan sebagai aplikasi pembayaran.

 

Cara Pembayaran Google Wallet

Sakiranya anda ingin membuat pembayaran menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  • Buka aplikasi Google eWallet .
  • Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau Akaun anda kemudian Persediaan ciri ketik untuk bayar.
  • Semak sama ada anda bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk ciri ciri yang perlu ada bagi membuat pembayaran menerusi aplikasi ini adlaah:
  • Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan.
  • Untuk membuat transaksi ketik untuk membayar menggunakan kad dalam Google eWallet, Google Pay perlu ditetapkan sebagai apl pembayaran lalai anda.
  • Tambahkan kaedah pembayaran tanpa sentuhan.
  • Sediakan kunci skrin.
  • Telefon anda perlu memenuhi keperluan keselamatan.
  • Jika semua keperluan ini dipenuhi, telefon anda kini sudah bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Jangan lupa untuk hidupkan ciri NFC sebelum buat pembayaran.

NOTA: Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk menghidupkan NFC, semak apl tetapkan telefon anda.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Google eWallet ini, anda boleh merujuk pada pautan Google Wallet Bantuan

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *