APAKAH ChatGPT : Fungsi Dan Cara Menggunakannya

APAKAH ChatGPT : Fungsi Dan Cara Menggunakannya
Share Artikel Ini Di Media Sosial

APAKAH ChatGPT : Fungsi Dan Cara Menggunakannya

Berikut adalah maklumat mengenai apakah ChatGPT serta fungsi dan cara menggunakannya. Semoga bermanfaat

Baca Juga : PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA : TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

APAKAH ChatGPT 

Pada 30 November 2022, sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan (Artificial  Intelligence, AI) Open AI telah melancarkan Chat Generative Pre-trained Transformer iaitu sebuah bot sembang secara rasmi kepada orang ramai. Laman yang boleh dilayari oleh semua orang secara percuma ini mendapat perhatian yang banyak dan menimbulkan pelbagai perbincangan mengenai kesan dan fungsinya.

Sebagai makluman, kecerdasan buatan atau AI adalah satu bentuk teknologi yang dibangunkan untuk melakukan tugasan datau fungsi yang mirip dengan pemikiran manusia. Penciptaan komputer pada tahun 1950-an telah memberikan konsep AI untuk menjadi suatu realiti pada masa kini dan digunakan meluas untuk bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, pendidikan dan keselamatan manusia.

Kebiasaannya, orang ramai akan menggunakan Google sebagai platform atau laman web untuk mencari sesuatu jawapan kepada persoalan harian mereka. Namun kehadiran bot sembang ini telah memberikan persaingan kepada Google atau enjin carian lain untuk kekal relevan pada masa akan datang.

Perkongsian mengenai apa itu Chat Generative Pre-trained Transforme dan cara menggunakannya adalah seperti berikut.

APAKAH ITU CHATGPT?

Ianya dari segi definisi adalah Chat, perbualan dan GPT (Generative Pre-Tarining Transformer), model pembelajaran mesin yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks seperti pemikiran manusia dalam masa nyata.

Kecerdasan buatan ini dilatih menggunakan set data atau maklumat yang dijana secara atas talian dan memberikan respons yang bijak serta munasabah kepada arahan yang kita tuliskan.

Dari segi bahasa mudahnya, ChatGPT adalah satu laman yang membantu pengguna untuk menjawab sebarang soalan dalam masa yang singkat dan memberikan maklumat yang tepat berdasarkan maklumat yang terdapat secara atas talian.

Menurut Berita MediaCorp, ianya adalah varian model bahasa GPT-3 (Generative Pre-training Transformer 3) yang dicipta oleh OpenAI.

GPT-3 adalah model pembelajaran mesin yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam untuk menjana teks, serupa hasil karangan manusia. Ia dilatih menggunakan set data yang dijana manusia dan ia boleh menjana respons yang bijak dan munasabah, menjadikannya amat berguna untuk tugas-tugas seperti penterjemahan bahasa, ringkasan teks dan perbualan.

Ianya direka khusus untuk digunakan dalam aplikasi chatbot, di mana ia boleh menjana respons kepada input pengguna dalam masa nyata.

CARA MENGGUNAKAN CHATGPT

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan ChatGPT:

  1. Layari Laman Web ChatGPT
  2. Klik “Sign up” untuk mendaftar akaun baharu
  3. Masukkan emel pengguna
  4. Cipta kata laluan
  5. Taip soalan atau apa sahaja pertanyaan yang ingin dikemukakan pada kotak input tersebut
  6. Jawapan akan dijana secara singkat dan untuk mendapatkan jawapan yang berbeza, klik “Regenerate response”

Nota : Disebabkan jumlah pengguna atau aliran trafik yang banyak menggunakan laman web rasmi, pengguna berkemungkinan tidak boleh mengakses masuk. OpenAI telahpun menawarkan ChatGPT Plus untuk pengguna melayari laman web tersebut secara berbayar dan tidak menghadapi masalah untuk mengakses masuk apabila aliran trafik tinggi.

CIRI UTAMA CHATGPT

Kecerdasan buatan yang dibina oleh OpenAI ini merupakan model bahasa yang menghasilakn respon semula jadi kepada input iaitu persoalan yang diberikan oleh pengguna. Ia akan memahami dan memproses input dan menghasilkan respon dalam bentuk jawapan yang merangkumi maklumat atau memberikan cadangan.

Ciri-ciri utama yang lain adalah seperti berikut:

  1. Pemahaman bahasa : Dapat memahami pelbagai jenis input atau bahasa berbentuk soalan, arahan dan kenyataan. Ia juga boleh mengenal pasti konsep dan entiti yang disebutkan dalam input yang diberikan seperti orang ternama, tempat dan sesebuah organisasi.
  2. Perkongsian pengetahuan : Dapat mengakses pengetahuan yang banyak dan menggunakannya untuk menghasilkan respon kepada input pengguna. Jawapan yang informatif, tepat dan teks yang relevan akan diberikan.
  3. Penulisan bahasa : Dapat menghasilakn respon secara semula jadi dalam masa yang singkat dari pelbagai bentuk seperti teks, ucapan atau model lain bergantung kepada input yang diberikan.

FUNGSI CHATGPT

Antara fungsi-fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai dalam menggunakan laman web ini adalah:

  1. Penjanaan Teks : membantu dalam pelbagai jenis penulisan terutamanya Bahasa Inggeris sehingga boleh mengubah penulisan lama kepada sebuah penulisan baru yang berbeza dan unik
  2. Terjemahan bahasa : boleh menterjmahkan bahasa dengan tepat dan tatabahasa yang betul
  3. Ringkasan teks : membantu menjana ringkasan dokumen atau artikel yang panjang
  4. Menganalisis teks : membantu pengguna untuk membuat analisis teks berkaitan nada, emosi atau sentimen yang terkandung dalam sesebuah teks
  5. Memberikan idea : mengumpul maklumat dan memberikan idea terbaik kepada pengguna tentang sesuatu yang dipertanyakan
  6. Pembuatan bot : boleh digunakan untuk membuat bot perbualan (chatbox) yang membantu dalam perkhidmatan pelanggan
  7. Menyelesaikan masalah koding : membantu jurutera perisian untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan koding

INDUSTRI YANG BOLEH MENERIMA MANFAAT CHATGPT

Perdagangan

  • i) Membantu dari segi perkhidmatan bantuan pelanggan di mana ejen khidmat pelanggan tidak diperlukan dan digantikan dengan kecerdasan buatan
  • ii) Membantu menambah baik pengalaman membeli belah pelanggan

Kesihatan

  • i) Memudahkan proses identifikasi masalah kesihatan
  • ii) Mengurangkan bebanan pekerja sektor kesihatan

Perkhidmatan kewangan dan perbankan

  • i) Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik dari segi perkongsian maklumat dan sebagainya

Pendidikan

  • i) Menjadikan proses pembelajaran lebih unik dan laju

Teknologi

  • i) Membantu tugasan-tugasan seperti koding dan penulisan teks untuk menjadi lebih mudah dan ringkas

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN CHATGPT

Sebagai sebahagian daripada teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk kita sebagai pengguna yang perlu dipertimbangkan.

Kebaikan :

  1. Membantu kita sebagai manusia untuk memahami dan menyelesaikan sesuatu tugasan, contohnya pelajar menggunakan ChatGPT untuk memberikan penjelasan kepada seseuatu masalah dan ia membantu menjana penyelesaian kepada masalah tersebut.
  2. Meningkatkan kemahiran menulis dan bahasa seseorang. Kecerdasan buatan ini mampu memberikan maklum balas menggunakan tatabahasa, perbendaharaan kata dan gaya penulisan yang baik
  3. Memudahkan penyelidikan dan pengumpulan maklumat. Dengan sumber pengetahuan daripada set data atas talian, ia membantu memudahkan dan menjimatkan masa untuk membuat sebarang penyelidikan dan pengumpulan maklumat

Keburukan:

  1. Menggalakkan penipuan kerana tiada halangan untuk mana-mana individu menyalah guna kemudahan ini
  2. Pelajar akan malas dan bergantung kepada ChatGPT untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan di sekolah atau universiti
  3. Pelajar akan kurang mahir kerana proses pembelajaran yang betul dilangkau oleh penggunaan ChatGPT
  4. Maklumat yang salah diberikan kerana kecerdasan buatan ini masih dalam proses pembelajaran dan tidak mampu untuk menjawab soalan yang kompleks.
  5. Hanya memberikan ringkasan kepada sesuatu pertanyaan atau kenyataan yang diberikan kepada pengguna
  6. Kekurangan empati dimana jawapan yang diproses tidak mempunyai keupayaan pemahaman dan empati yang sama seperti manusia jika input yang sensitif diberikan

Walaubagaimanapun, ChatGPT mempunyai kelemahan seperti tidak berupaya untuk menjawab soalan yang kompleks, tahap respons yang dijana tidak sesuai atau masuk akal dan menjawab soalan diluat konteks. Ia masih dalam fasa pembelajaran dan pembangunan untuk meningkatkan keupayaanya ke tahap yang lebih baik.

Ketiadaan perkongsian sumber jawapan juga membezakan tahap kebergantungan orang ramai kepada platform ini berbanding enjin carian seperti Google yang memberikan sumber yang sahih dan tepat.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *