APAKAH CCRIS DAN CTOS : SKOR KREDIT ANDA

APAKAH CCRIS DAN CTOS : SKOR KREDIT ANDA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

APAKAH CCRIS DAN CTOS : SKOR KREDIT ANDA

Tahukah anda apakah CCRIS dan CTOS? Adakah anda pernah diberitahu oleh bank bahawa permohonan pinjaman peribadi anda tidak dapat dilulusi kerana CCRIS atau CTOS anda? Mungkin anda tidak perasan pun sebelum ini bahawa skor-skor tersebut merupakan faktor dalam keputusan bank untuk lulus atau tolak aplikasi anda. Jadi, apa itu sebenarnya CCRIS dan CTOS?

APA ITU CCRIS

CCRIS adalah rekod yang disimpan oleh Bank Negara yang memantau sejarah pembayaran loan anda. Antara faktor yang boleh mempengaruhi CCRIS anda adalah:

  • Nombor dan jumlah loan yang anda ambil dengan setiap syarikat atau institusi peminjam di Malaysia
  • Sejarah pembayaran pinjaman anda, termasuk kalau anda ada bayaran lewat
  • Kalau anda mengambil loan-loan tertentu yang dikawal dengan ketat
  • Loan-loan yang telah dijadualkan semula ataupun disusun semula, contohnya penyatuan pinjaman ramai di bawah satu pinjaman besar.

Apabila anda memohon pinjaman daripada bank, mereka akan semak CCRIS anda dan mengambil keputusan untuk lulus atau tolak permohonan anda berdasarkan sejarah pinjaman ini. Setiap bank ada kriteria yang berlainan, tetapi secara umumnya, bank tidak akan luluskan aplikasi anda jika anda ada banyak pembayaran yang lewat, terutamanya jika bayaran lewat ini terjadi dalam masa 6 bulan sebelum permohonan.

SIAPA YANG BOLEH AKSES LAPORAN CCRIS?

  • Mana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;
  • Mana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;
  • Institusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan
  • Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.

Selain itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:

  • syarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;
  • peminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.

APA ITU CTOS

CTOS adalah “kad laporan” yang juga menelitikan kelakuan pembayaran pinjaman anda selama ini. Segala bayaran lewat atau litigasi mahkamah atas pemungutan hutang akan ditunjukkan di dalam laporan CTOS anda. Kalau laporan CTOS anda mengandungi bukti masalah bayaran yang banyak dan berulang, peluang anda berjaya memohon pinjaman daripada bank juga akan menjadi lebih tipis.
Anda boleh semak CCRIS atau CTOS anda daripada laman-laman web yang berkaitan untuk dapat tahu lebih lanjut lagi apa yang mungkin mempengaruhi skor anda dan menjadikan ia lebih susah untuk anda memohon pinjaman peribadi dari bank. Kalau mampu, ambillah langkah untuk memperbaiki skor anda, atau pohon pinjaman anda daripada syarikat yang tidak sangat mementingkan CCRIS dan CTOS, seperti syarikat pinjaman wang berlesen.

SENARAI MAKLUMAT DALAM LAPORAN CTOS

Laporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:

  • Pengesahan identiti
  • Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  • Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  • Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
    • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
    • Rekod cek tidak sah
    • Komen anda

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *