ALATAN UNTUK CANDAT SOTONG : KEPERLUAN ASAS  

ALATAN UNTUK CANDAT SOTONG : KEPERLUAN ASAS  
Share Artikel Ini Di Media Sosial

ALATAN UNTUK CANDAT SOTONG : KEPERLUAN ASAS

Tahukah anda apakah alatan untuk candat sotong? Candat sotong merupakan kegiatan memancing yang menarik dan populer di kalangan para penggemar hobi memancing. Sotong, atau yang juga dikenal dengan sebutan cumi-cumi, adalah ikan laut yang cerdas dan lincah. Kecerdasan dan ketangkasannya menjadi cabaran tersendiri bagi para pemancing. Jika Anda tertarik untuk mencuba candat sotong, artikel ini akan memberikan panduan dan tips untuk membantu Anda menjadi seorang pencari sotong yang berjaya!

Baca juga : CARA CANDAT SOTONG : TIPS DAN TRIK UNTUK PARA PENCARI

berikut adalah keperluan asas yang di perlukan :

Kepelbagaian Squid Jig

  • Sediakan kepelbagaian warna dan corak
  • Juga pelbagaikan saiz dan berat
  • Terdapat juga jenis candat yang bersuhu suam dan lebih menyerupai umpan hidup sebenar
  • Selain itu Terdapat juga candat UV seperti Keimura Teknologi keluaran Shimano yang mana candat ini sangat efektif terutama untuk situasi gelap di dasar yang dalam.

 

Pemilihan Joran

Joran khas untuk casting sotong agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Sebagai alternatif joran PE 0.6 -1.2, sepanjang 6 hingga 7 kaki sudah dikira sesuai untuk mengilat dari tebing. Saya sendiri menyukai joran sepanjang 8 kaki, aksi sederhana dengan kekuatan 6-12 lb. Untuk mencari joran ready made bagi spesifikasi begini memang agak sulit. Cara mudah adalah dengan mencari blank kosong dah jadikannya rod custom.

 

Kekili

Walaupun ia adalah segmen casting, tetapi tidak bermakna anda perlu menggunakan baitcaster atau kekili menegak. Dalam dunia eging ternyata kekili mendatar lebih efisien kegunaannya walaupun di Jepun.

Kekili mendatar yang kecil bersaiz 500-1000 sudah memadai. Tidak perlu kekili siri 2000 ke atas kerana eging sotong mengabang tidaklah sama seperti memancing ikan. Kecuali jika eging dilakukan di atas bot di unjam-unjam.

 

Tali

Penggunaan tangsi lebih efektif berbanding tali sulam kerana ia mempunyai daya regangan. Tangsi hanya dimasukkan ke dalam spool kekili sehingga 80% ruangan spool. Jika tangsi dimasukkan memenuhi spool, masalah sarang burung sering terjadi. Disaran menggunakan tali berkuatan 10lb-15lb dengan diameter 0.18mm – 0.20mm.

 

Aksesori Seperti Sauk

Dakwat hitam merupakan senjata bagi spesies sotong termasuk mengabang. Malah dakwat sotong mengabang lebih banyak berbanding sotong jarum. Perlu berhati-hati mengendalikannya.

Sebaik memperoleh mengabang, biarkan ia seketika di dalam air sehingga ia memancutkan dakwat hitamnya sehingga habis. Kalau terus menaikkannya kebarangkalian muka dan pakaian anda akan disembur adalah tinggi. Bila terkena pakaian bukan mudah untuk mencucinya

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *