PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL)

Share Artikel Ini Di Media Sosial

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL)

Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi. Bagi merealisasikan hasrat ini, RISDA melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan menggalakkan Pekebun Kecil melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Bagi memantapkan pelaksanaan program ini, RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program Aktiviti Ekonomi Tambahan yang lebih berkesan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil. Pelan tindakan baru ini dirangka bagi mencapai objektif RISDA agar pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020.

Baca Juga : CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM200 (Pekebun Kecil Getah Nelayan Pesawah)

Dalam usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaan Program AET ini, transformasi baru dibuat dan fokus program diberi tumpuan kepada 4 bidang utama iaitu Perkhidmatan, Makanan, Pembuatan dan Pertanian. Transformasi ini diharap dapat memperbaiki kualiti hidup pekebun kecil disamping membantu pekebun kecil dalam meningkatkan pendapatan keluarga.

KELAYAKAN PEMOHON

  1. Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40
  2. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi.
  3. Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa
  4. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek.
  5. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup).

 

KADAR BANTUAN

  1. Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan bagi semua bidang adalah RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil.
  2. Bagi penerima AET sebelum Tahun 2016, had maksimum bantuan tambahan adalah RM10,000

 

TATACARA PERMOHONAN

Semua permohonan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan perlu diisi menggunakan format Borang Permohonan seperti di Lampiran 1. Borang permohonan ini juga perlu disertakan dengan Kertas Kerja Pelan Perniagaan seperti di Lampiran 2.

 

Borang-borang berkaitan AET

  1. Borang Permohonan Bantuan AET
  2. Borang Setuju Terima Program AET
  3. Surat Akuan AET
  4. Surat Status Permohonan AET
  5. Format Kertas Kerja Projek AET

 

MAKLUMAT LANJUT

Layari : https://www.risda.gov.my/my/perkhidmatan/pembangunan-usahawan

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *