AKIBAT TIDAK BAYAR PTPTN : APA JADI

AKIBAT TIDAK BAYAR PTPTN : APA JADI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

AKIBAT TIDAK BAYAR PTPTN : APA JADI

Adakah anda peminjam PTPTN? Sekiranya ya sudahkah anda membuat pembayaran balik pinjaman anda? Adakah anda mengetahui kesan dan akibat sekiranya anda tidak bayar pinjaman PTPTN tersebut? Disini kami akan kongsikan kesan dan akibatnya kepada peminjam, semoga membantu,

APA ITU PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

FUNGSI PTPTN

  • PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan.
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

KESAN & AKIBAT TAK BAYAR PTPTN

Berikut adlaah merupakan kesan dan akibat sekrianya anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN

1.Kredit terjejas Jika Tak Bayar PTPTN(laporan CCRIS)

  • Disenarai hitam dalam laporan CCRIS
  • Anda akan disenarai hitam di laporan CCRIS, dan ini akan menyebabkan kualiti laporan kredit anda terjejas. Akibatnya, anda akan menghadapi kesukaran sekiranya anda ingin memohon pinjaman dari bank. Ini kerana melalui laporan CCRIS pihak bank boleh mengetahui anda mempunyai corak pembayaran pinjaman yang tidak konsisten dan anda telah disenarai hitam.

2.Tidak Dapat Membuat Pinjaman Bank Jika Tak Bayar PTPTN

  • Anda tidak dapat membuat apa-apa pinjaman daripada bank
  • Setiap laporan CCRIS menunjukkan pencapaian kredit anda dan pangkalan data ini dapat dikongsi bersama semua institusi kewangan. Bagaimanapun, bagi bank-bank, laporan ini menunjukkan rekod pembayaran pinjaman anda dan ia mempengaruhi semua permohonan pinjaman anda akan datang. Oleh itu bagi mereka yang telah disenarai hitamkan, mereka bolehlah melupakan hasrat untuk memohon pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan atau kad kredit.

3.Perjalanan Luar Negara

  • Peminjam disekat untuk melakukan perjalan ke luar negara samada atas urusan rasmi atau bercuti sebaik sahaja rekod pinjaman bayaran balik menunjukkan pembayaran telah tersasar daripada jadual yang ditetapkan.
  • Peminjam tidak boleh memperbaharui passport mereka sehingga sekatan perjalanan ditarik kembali.
  • Peminjam PTPTN dinasihatkan untuk melangsaikan tunggakan pembayaran pinjaman bagi mengelak sekatan di lapangan terbang atau pintu sempadan negara. Sekiranya terdapat tunggakan, mereka perlu melakukan pembayaran atau berunding dengan pihak PTPTN 7 hari sebelum ke luar negara.
  • Sekiranya anda ingin mengetahui status nama anda disenarai hitamkan untuk keluar negara atau tidak, sila semak di laman sesawang imigresen Malaysia.

4.Tindakan Undang-Undang

  • Pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis peringatan bayaran balik dan juga notis tuntutan sekiranya anda tidak membuat bayaran balik. Sekiranya anda masih tidak melakukan pembayaran atau melakukan sebarang rundingan, PTPTN akan mendakwa anda di mahkamah
  • Kesannya peminjam terpaksa membayar kos tambahan iaitu kos yuran guaman yang dimasukkan ke dalam jumlah yang perlu dibayar oleh pihak PTPTN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut tak bayar PTPTN, anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *