10 Khasiat Ikan Haruan 

10 Khasiat Ikan Haruan 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Khasiat Ikan Haruan

Apakah 10 khasiat ikan haruan kepada kesihatan? Baca selanjutnya. Ikan haruan dengan nama saintifiknya Channa Striata merupakan sejenis ikan air tawar. Lazimnya, ikan ini tinggal di dalam air yang tidak mengalir dan berlumpur seperi kolam atau paya.

Namun begitu, kadang-kala ikan ini juga hidup di dalam sungai. Ikan haruan merupakan ikan daripada kumpulan karnivor yang memakan hidupan lain di dalam habitatnya seperti berudu, serangga sungai mahupun ikan-ikan kecil.

Ikan haruan sangat popular di sekitar negara asia terutama sekali di negara Thailand, Indochina dan juga Malaysia. Kandungan Nutrisi bagi 100g Ikan Haruan adalah:

  • Karbohidrat: 1g
  • Protein: 20g
  • Lemak: 3g

Baca Juga : Cara Pancing Ikan Haruan (Setting Peralatan)

Kandungan Berkhasiat di dalam Ikan Haruan

Sumber Protein yang Penting

Protein adalah antara sumber makanan yang sememangnya akan sentiasa ada di dalam diet harian kita. Ianya merupakan salah satu daripada sumber makronutrien yang penting bagi tubuh badan setiap individu. Protein boleh didapati daripada sumber haiwan dan juga tumbuhan, namun, protein daripada sumber haiwan menjadi keutamaan kerana ianya merupakan protein yang lengkap dengan pelbagai jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber protein memainkan peranan penting dalam membina struktur sel, tisu dan juga otot. Dalam masa yang sama, ianya juga diperlukan dalam pembentukan pelbagai jenis enzim, hormon dan juga antibodi.

Setiap individu disarankan untuk mengambil sumber protein sebanyak 2-3 hidang sehari. Dari segi pemilihan protein pula digalakkan untuk mengambil sumber daging putih dan juga bahagian daging yang mempunyai lebih rendah kandungan lemak (lean meat).

 

10 Khasiat Ikan Haruan kepada Kesihatan adalah:

  1. Membantu di dalam Proses Penyembuhan Luka

  • Ikan haruan begitu popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana dipercayai ia mempunyai khasiat menyembuhkan luka. Ikan haruan didapati kaya dengan sumber protein yang mencakupi semua jenis asid amino essential.
  • Asid amino essential adalah merupakan kumpulan protein yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia, tetapi ianya boleh diperolehi melalui sumber makanan.
  • Kehadiran asid amino adalah sangat penting bagi proses penyembuhan luka kerana ia menggalakkan pembentukan serat kolagen pada kulit.
  • Berdasarkan sebuah kajian, ikan haruan mempunyai asid amino jenis glycine dan juga asid lemak, arachidonic acid yang tinggi di mana kedua-duanya memainkan peranan penting terhadap sintesis prostaglandin [1].
  • Manakala, kajian yang lain pula menunjukkan aplikasi ekstrak ikan haruan telah menambahbaik skor kesakitan (pain score) dan juga kesan fizikal terhadap luka daripada jahitan pembedahan.
  • Walaubagaimanapun, kajian yang dilakukan adalah melalui kaedah aplikasi ekstrak/pati ikan haruan di dalam bentuk krim kosmetik dan juga spray penyembuh luka [2]. Kajian yang lebih mendalam terhadap pengambilan ikan haruan di dalam diet perlu diperlukan pada masa akan datang.
  1. Memberi Kesan Antinociceptive (Penahan Sakit)

  • Antinociceptive adalah merupakan sejenis rangsangan yang dihasilkan oleh sistem saraf bagi menghalang atau mengurangkan rasa sakit akibat daripada kecederaan fizikal, tindakbalas kimia berbahaya ataupun keadaan suhu yang terlalu ekstrim (panas atau sejuk) [3].
  • Sebuah kajian mendapati bahawa ikan haruan memainkan fungsi antinociceptive yang lebih tinggi berbanding dengan ikan bujuk dan juga ikan toman. Ini adalah disebabkan oleh kandungan arachidonic acid yang merangsang penghasilan prostaglandin. Namun begitu, kajian yang sama juga mendapati bahawa kesan antinociceptive ini lebih rendah berbanding dengan ubat penahan sakit sintetik iaitu morphine [4].
  1. Membantu Menyeimbangkan Kandungan Cecair Badan

  • Albumin merupakan salah satu komponen nutrisi yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan kandungan cecair badan. Ini adalah disebabkan oleh wujudnya tekanan osmosis (colloid oncotic pressure) yang didorong dengan kehadiran albumin [5].
  • Jika tubuh individu mengalami kekurangan albumin, ia akan menyebabkan berlakunya lebihan cecair di dalam badan (edema). Kajian mendapati bahawa kandungan albumin di dalam ikan haruan adalah setanding dengan sumber protein yang lain seperti telur [6].
  1. Bertindak sebagai Antioksidan

  • Fungsi antioksidan daripada makanan biasanya akan dikaitkan dengan vitamin C dan juga pelbagai jenis kompoun phyto-nutrient yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Walaubagaimanapun, sumber protein seperti ikan haruan ini juga merupakan salah satu sumber antioksidan yang boleh diambil oleh setiap individu.
  • Ini disebabkan oleh kandungan albumin yang tinggi di dalam ikan haruan. Kewujudan fungsi ini adalah disebabkan oleh struktur albumin itu sendiri, di mana ia mempunyai ciri-ciri ligand-binding dan juga perangkap radikal bebas [7].
  • Bahkan, kajian juga turut mendapati aktiviti antioksidan daripada ikan haruan adalah lima ganda lebih tinggi berbanding dengan vitamin C [8].
  1. Berpotensi dalam Mengurangkan Risiko Keradangan

  • Gabungan antara arachidonic acid dan juga asid lemak linoleic di dalam ikan haruan mampu merencatkan penghasilan agen keradangan iaitu cytokines [9].
  1. Meransang Proses Pembekuan Darah

  • Antara proses penting yang terlibat dalam penyembuhan luka adalah pembentukan platelet yang menyebabkan berlakunya pembekuan darah. Proses ini berlaku dengan kehadiran pelbagai jenis asid amino yang membantu dalam penghasilan hormon thromboxane. Hormon ini akan meransang pengecutan saluran darah, pengumpulan platelet dan seterusnya berlakulah pembekuan darah [10].
  1. Berpotensi Mengawal Tekanan Darah

  • Sumber protein kaya dengan pelbagai jenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh termasuk hidupan di air seperti ikan. Kehadiran asid amino di dalam ikan haruan berpotensi untuk mengawal tekanan darah individu melalui mekanisma perencatan ACE (angiotensin coverting enzyme) [11].
  1. Berpotensi sebagai Antimikrob

  • Seperti yang biasa kita lihat, kebanyakan ikan air tawar akan mempunyai kulit yang bersinar akibat daripada lendir yang menyaluti kulit mereka. Lendir ini akan memainkan peranan salah satu medium perlindungan bagi hidupan tersebut.
  • Sebuah kajian mendapati bahawa, esktrak lendir ikan haruan berpotensi untuk bertindak sebagai antimikrob. Ini adalah disebabkan oleh lendir ikan mengandungi pelbagai jenis kompoun bioaktif seperti immunoglobulins, C-reactive protein, antimicrobial peptides dan enzim proteolytic [12].
  1. Mengurangkan Risiko Arthritis

  • Fungsi anti keradangan yang dimainkan oleh ikan haruan ini juga turut sama berupaya mengurangkan risiko penyakit arthritis. Sebuah kajian mendapati bahawa ikan haruan mampu mengurangkan simptom bengkak pada tisu lembut dan menambahbaik serat saraf immunoreaktif di dalam membrane synovial [13].
  1. Menambahbaik Kesihatan Kulit

  • Selain daripada kaya kandungan asid amino, ikan haruan juga didapati mengandungi omega-3, DHA sebanyak 15-17% [14].
  • Secara umumnya, omega-3 yang diperolehi daripada minyak ikan memainkan peranan penting dalam melindungi kerosakan kulit akibat daripada pancaran matahari. Dalam masa yang sama, ia juga turut membantu dalam mengatasi masalah penyakit kulit seperti dermatitis [15].

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *